KEBAIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.
Terdapat beberapa kebaikan dari penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam pendidikan awal kanak-kanak yang memberikan pelbagai cara untuk meningkatkan pengalaman belajar kanak-kanak. Beberapa kebaikan yang dapat dilihat antara ialah:
- Dapat merangsang pembelajaran interaktif dengan ICT.
- ICT menyediakan pelbagai cara pembelajaran yang menarik dan interaktif melalui pelbagai aplikasi pendidikan, game interaktif, dan video menarik yang dapat menarik perhatian kanak-kanak.
- Contoh ialah aplikasi Kahoot, youtube, Early Leanring, dan lain-lain.
- Anak-anak dapat belajar melalui pelbagai cara dengan menjalani simulasi yang menarik seperti cerita interaktif ataupun aktivita yang melibatkan pengembangan kreativitas mereka.
Rujuk 1: Kahoot
Rujuk 2: Youtube
2. Mempelbagaikan pengalaman pembelajaran.
- Ia membolehkan kanak-kanak untuk menerokan topik yang agak sukar untuk mereka memahami dengan mudah melalui visualisasi seperti animasi dan grafik yang menarik.
- Dengan menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dapat menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak dalam ICT.
- Contohnya lagu, cerita, dan gambar yang dapat membantu dalam pemahaman konsep yang dipelajari.
Rujuk 3: Kids song
Rujuk 4: Kids channel
3. Dapat memupuk kemahiran digital dari awal.
- Memperkenalkan kanak-kanak kepada teknologi ICT, ia dapat membantu mereka dalam membina asas kemahiran digital yang penting untuk masa depan mereka dalam penggunaan ICT.
- Kanak-kanak ini dapat mempelajari cara untuk menggunakan peranti yang memudahkan mereka.
- Contoh tablet, komputer, atau smartphone.
- Dengan ini, kanak-kanak tidak akan terasa ketinggalam dengan perkembangan yang berlaku di sekitar mereka.
Rujuk 5: Smartphone
4. Dapat meningkatkan daya komunikasi dan interaksi sosial.
- Kerja kumpulan ICT yang melibatkan permainan kolaboratif atau projek interaktif memupuk kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi.
- Kanak-kanak belajar cara berkongsi idea dan bekerjasama dengan rakan mereka.
- Contohnya, membuat projek dalam kumpulan.
5. Menggalakkan pembelajaran yang berpusatkan murid.
- Dengan ICT, kanak-kanak boleh belajar mengikut kemampuan mereka berfikir sendiri dan memilih aktiviti yang sesuai dengan minat mereka.
- Mereka boleh mengendalikan kerja mereka dengan baik melalui bimbingan guru.






Comments
Post a Comment